Saturday 26 January 2013

Burger Bakar Dahsyat @Lorong Pandan


Assaammualaikum dan salam sejahtera ... maaf agak terlewat post tentang cawangan terbaru Burger Bakar Dahsyat kini di Medan Selera Lorong Pandan, Lorong Pandan, Melaka. Begitu banyak cabaran yang kami hadapi bagi merealisasi permintaan sebuah lagi cawangan yang lebih dekat dengan sahabat2 dahsyat di sekitar kawasan Bandar Melaka dan Alor Gajah akhirnya semuanya menjadi kenyataan.



Snapshot direction ke tempat kami. Medan Selera Lorong Pandan adalah bertentangan dengan stesen minyak BHP :)


Apa yang menarik minat kami untuk bertapak di samping lokasinya di perantaraan Bandar Melaka dan Alor Gajah adalah konsep Medan Selera Lorong Pandan itu sendiri. Kemudahan kerusi meja yang selesa di samping skrin besar dan sound system yang baik sebagai hiburan sampingan pelanggan sementara menunggu daging burger kami sedia dibakar masak. Bagi penggemar bola sepak semestinya skrin itulah menu utama mereka dan Burger Bakar Dahsyat adalah menu sampingan :) ... no  sweat bro ... cuma tak sure lagi port kali nie banyak fan MU atau fan Anti-MU ... hehehe.

Alhamdulillah sekarang seminggu kami beroperasi dan Promosi 10 Cop untuk satu Burger Basic Single terpakai untuk kedua-dua cawangan Bukit Beruang dan Lorong Pandan. Ribuan terima kasih buat semua sahabat2 dahsyat yang menyokong kami dan tak putus-putus memberi cadangan dan komen untuk tujuan penambahbaikan dan saya mewakili semua staff dan pengurusan Burger Bakar Dahsyat mengucapkan terima kasih yang tak terhingga buat kalian semua.

Sesugguhnya yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari kami maka kami memohon maaf jika ada sebarang kekurangan, ketidakpuasan hati, kekilafan yang kami perasan dan kami tak perasan, yang kami sedar dan kami tak sedar, yang kami sengaja dan kami tak sengaja ... doakanlah yang terbaik untuk kami insyaAllah kami akan buat yang terbaik buat semua sahabat-sahabat dahsyat :) ...apa pun Korang Memang Dahsyat !!!

Di bawah ada sedikit gambar yang sempat kami snap untuk anda :

Burger Bakar Dahsyat Medan Selera Lorong Pandan : Dahsyat Habis !!! tu la kot yang diorang kata ... hehehe apa pun korang memang sempoi + comel :P ...jemput datang lagi yer

 Burger Bakar Dahsyat @Lorong Pandan : Brother nie tak biasa nak bergambar tapi atas permintaan kami untuk tujuan promosi dia izinkan kami mengambil gambar beliau dan keluarga ... terima kasih banyak bro :)


Burger Bakar Dahsyat @Lorong Pandan : Bro2 yang ensem2 nie memang dahsyat n cukup sporting ...thanks a lot bro kerana sudi berposing untuk Burger Bakar Dahsyat :) ... jemput datang lagi yer ...

Photo: Buger Bakar Dahsyat @Lorong Pandan : Korang memang sporting !!! ...terima kasih kerana support Burger Bakar Dahsyat @Medan Selera Lorong Pandan :)
Buger Bakar Dahsyat @Lorong Pandan : Korang memang sporting !!! ...terima kasih kerana support Burger Bakar Dahsyat @Medan Selera Lorong Pandan :)


Burger Bakar Dahsyat @Medan Selera Lorong Pandan : Burgernya Dahsyat, tapi mereka2 nie comel :) ... terima kasih memilih Burger Bakar Dahsyat @Lorong Pandan
Pemandangan gerai Burger Bakar Dahsyat @Lorong Pandan di waktu petang ... :)

Monday 7 January 2013

Promosi 10 setem PERCUMA 1 Basic Single Beef/Chicken


Kumpulkan 10 setem untuk PERCUMA 1 Basic Single Beef/Chicken Burger Bakar Dahsyat @Bukit Beruang, Melaka ... setelah lama kami menjanjikan satu lagi promosi yang akan terkesan kepada penggemar yang menggemari Burger Bakar Dahsyat !!! ... alhamdulillah lepas settle semua design n printing maka hari ini 7/1/2013 terlancarlah promosi ini ... terima kasih setinggi2nya kepada semua sahabat2 dahsyat yang tak putus2 memberi sokongan dan menggemari Burger Bakar Dahsyat :) Korang Memang Dahsyat !!! Promosi ini hanya akan berakhir apabila diberitahu kelak ...