Monday 10 November 2014

Burger Bakar Dahsyat @Hang Tuah Mall

Alhamdulillah kami telah membuka satu lagi cawangan Burger Bakar Dahsyat di kawasan Hang Tuah Mall. Bagi mereka yang berada di sekitar Bandar Melaka dan rasa agak jauh untuk ke Bukit Beruang bolehlah singgah ke stall kami di Hang Tuah Mall. Stall kami di Kafe Kasturi berdepan dengan Bank Rakyat dan bertentangan dengan Syarikat Air Melaka Berhad. Nak tengok street view ? Hehehe ...
 
 
Masa kereta Google Street View lalu kami belum lagi pasang banner tu kami sengaja tambah bagi memudahkan anda mengenalpasti stall kami. Banner kami dipasang pada hari operasi beserta banting

 
Kalau berhenti di lampu isyarat Hang Tuah Mall di simpang nak masuk ke stadium kubu tu insyaAllah boleh nampak banner dan banting kami ini.
 
Burger Bakar Dahsyat @Hang Tuah Mall ini walaubagaimanapun tidak beroperasi pada setiap hari Isnin, jadi kepada sahabat2 dahsyat bolehlah datang pada hari Selasa hingga Ahad dan jika nak juga makan pada hari Isnin boleh ke Burger Bakar Dahsyat @Bukit Beruang ...insyaAllah kalau takde aral yang menghalang disana kami beroperasi setiap hari.


Cukup rasanya untuk post hari ini semoga sahabat2 dahsyat sekalian terus memberi sokongan kepada kami dalam memeriahkan lagi pilihan burger bakar di Malaysia umumnya dan di Melaka khususnya :) ... apapun Korang Memang Dahsyat !!!

Burger Bakar Dahsyat @Hang Tuah Mall tutup hari Isnin @Bukit Beruang buka setiap hari

Untuk makluman, Burger Bakar Dahsyat @Hang Tuah Mall tidak beroperasi pada setiap hari Isnin. 

Burger Bakar Dahsyat boleh diperolehi di Bukit Beruang seperti biasa bermula dari jam 7.00 malam sehingga 1.00 pagi... Jom datang beramai2 

Saturday 25 January 2014

Direction to Burger Bakar Dahsyat @Bukit Beruang, Melaka

Burger Bakar Dahsyat
Bukit Beruang
Malacca, Malaysia
+60 17-656 3265

Coordinate : 2.253922,102.276802



Menu baru Burger Bakar Dahsyat @Bukit Beruang, Melaka


Sejak 2012 Burger Bakar Dahsyat @Bukit Beruang, Melaka masih mengekalkan harga walaupun pelbagai kenaikan harga barang melanda disamping pelbagai promosi yang menggila dari pesaing gergasi yang mendominasi pasaran makanan. Bermula tahun 2014 ini pihak kami terpaksa melaraskan semula harga bagi memastikan kami terus beroperasi dan terus bersaing di pasaran. Terima kasih kami ucapkan atas sokongan yang tidak pernah henti dan insyaAllah kami akan terus menyediakan Burger Bakar Dahsyat untuk anda semua. Terima kasih !!!!

Burger Bakar Dahsyat ...potong 4 yer bang :)


Jangan rasa pelik kenapa ade banyak lidi kat Burger Bakar Dahsyat ini. Biasanya jika dibelah 4 burger akan dicucuk dengan 4 batang lidi. Biasanya "style" ini menjadi pilihan kepada mereka yang tak sanggup untuk pegang dan buka mulut luas2 untuk makan Burger Bakar Dahsyat. Disamping disebabkan sos dan mayo yang tangkap leleh pelanggan boleh juga minta dikurangkan sos dan mayo bagi memudahkan burger bakar dimakan. Cakap jer "...minta sos mayo or cheezy takmo leleh eh". Jadi kami akan kurangkan bagi memudahkan anda menikmati Burger Bakar Dahsyat @Bukit Beruang, Melaka.