Monday 10 November 2014

Burger Bakar Dahsyat @Hang Tuah Mall

Alhamdulillah kami telah membuka satu lagi cawangan Burger Bakar Dahsyat di kawasan Hang Tuah Mall. Bagi mereka yang berada di sekitar Bandar Melaka dan rasa agak jauh untuk ke Bukit Beruang bolehlah singgah ke stall kami di Hang Tuah Mall. Stall kami di Kafe Kasturi berdepan dengan Bank Rakyat dan bertentangan dengan Syarikat Air Melaka Berhad. Nak tengok street view ? Hehehe ...
 
 
Masa kereta Google Street View lalu kami belum lagi pasang banner tu kami sengaja tambah bagi memudahkan anda mengenalpasti stall kami. Banner kami dipasang pada hari operasi beserta banting

 
Kalau berhenti di lampu isyarat Hang Tuah Mall di simpang nak masuk ke stadium kubu tu insyaAllah boleh nampak banner dan banting kami ini.
 
Burger Bakar Dahsyat @Hang Tuah Mall ini walaubagaimanapun tidak beroperasi pada setiap hari Isnin, jadi kepada sahabat2 dahsyat bolehlah datang pada hari Selasa hingga Ahad dan jika nak juga makan pada hari Isnin boleh ke Burger Bakar Dahsyat @Bukit Beruang ...insyaAllah kalau takde aral yang menghalang disana kami beroperasi setiap hari.


Cukup rasanya untuk post hari ini semoga sahabat2 dahsyat sekalian terus memberi sokongan kepada kami dalam memeriahkan lagi pilihan burger bakar di Malaysia umumnya dan di Melaka khususnya :) ... apapun Korang Memang Dahsyat !!!

Burger Bakar Dahsyat @Hang Tuah Mall tutup hari Isnin @Bukit Beruang buka setiap hari

Untuk makluman, Burger Bakar Dahsyat @Hang Tuah Mall tidak beroperasi pada setiap hari Isnin. 

Burger Bakar Dahsyat boleh diperolehi di Bukit Beruang seperti biasa bermula dari jam 7.00 malam sehingga 1.00 pagi... Jom datang beramai2